Hidup tanpa kawan rasanye seperti ummmmmm xbest kot...bagi aku lah ,,,tapi xtaw lah bagi orang yang suka xde kawan mungkin hidup mereka epy kot,aku sebenarnya xsuka berkawan tapi disebabkan orang yang suka berkawan dengan aku maka aku layankan je lah terasa ayat aku sangat poyo skunk ni..hahaha,
mau kawan2 aku baca entry aku ni diorang xnak kawan aku da,hahaha..kawan - kawan aku sayang sama korang....=)
kawan dan sahabat adalah perkataan yang berbeza dan semestinya maksud nya lain...
SAHABAT -> Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita,tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya,sahabat adalah orang yang boleh membantu kita disaat kita kesusahan,meredakan kesedihan dan disaat kita bahagia,sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia kita..sahabat susah untuk dicari tapi hargailah sahabat anda sebelum anda kehilangannye..hihihihihi
KAWAN -> ialah seseorang yang boleh berkongsi lebih daripada satu perkara seperti minat,hobi dan sebagainya .kawan selalunya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain dan kita selalunya seronok apabila berada bersama - sama kawan. kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu,malah sekiranya tidak sependapat hubungan kawan mungkin boleh terputus....sebab 2 lah dalam kehidupan kita pasti akan terjadi kawan makan kawan,kawan ini lah itulah,orang kata berhati -hati dalam berkawan sebab kita xtaw ikhlas ke dia berkawan dengan kita atau hanya untuk mengambil kesempatan,....kadang-kadang orang yang menjadi kawan boleh menjadi sahabat kita jugak tapi xsemua kawan yang boleh menjadi sahabat,
kawan senang untuk dicari tetapi sahabat susah untuk kita miliki...
tapi aku bersyukur dengan kehadiran kawan -kawan dalam hidup aku ,sebab mengenali mereka membuatkan aku selalu berusaha menjadi kawan yang terbaik,tercomel,terpoyo dan terrrrrrrcinta hahaha..... ,ummmmm,so ada sesiapa lagi nak kawan dengan aku x??hahahaha.....
oklah sampai disini sahaja entry aku yang aku rasa aku nak korang taw yang hargailah setiap kawan or sahabat yang ada dalam hidup korang,tanpa mereka terasa,terasa rindu..ok bye...hahahahahahahaha
sebelum aku menamatkan aku nak sajikan beberapa gambar kawan dan bff aku yang selalu membuatkan hidup aku jadi meriah,gegila dan sengal....=)
*kawan & bff *
kenal mereka dipoliteknik
*kawan & bff *
kenal mereka dipoliteknik
*mybff harap kita akan terus menjadi bff*
*kawan-kawan sungai petani kedah*
*kami kawan dari sekolah menengah*
walaupun berlainan kelas kami tetap kawan
* 1 Malaysia*
Setiap gambar ade kenangan,kenangan mengajar kita erti kerinduan....
kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana
Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita
Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang
Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis
Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta
Menunjukkan jalan demi umat semesta





No comments:
Post a Comment